Buat renungan
"Prof, mcm mana saya nk bgtau ibu saya
yg berkeras utk minta wang hantaran 10ribu sdgkn saya sdiri tidak meletakkan
apa2 nilai pd bakal suami saya.. Saya sedih dan malu bila ibu berkeras..
ALLAH.. Hanya Allah yang tahu apa saya rasa sekarang"
Nilai wanita bukan pada wang hantaran. Jika
ibu bapa memahami Islam dan hidup untuk redha Allah lagi di turunkan wang
hantaran. Wanita yang baik ialah yang cepat kahwinnya, murah maharnya dan
banyak anaknya- MAksud Hadis- KAlau saya tak silap. Jom ibu bapa dan bakal pengantin
mudahkan perkara wajib dan jangan habiskan tenaga pada benda harus tapi
fokuskan pada benda wajib.
Semoga post ini dapat ditunjukkan kepada ibu
oleh bakal pengantin. Cuba minimakan hantaran dan perhiasan hantaran kerana itu
semua pandangan manusia terutama jika tidak berkemampuan tetapi terpaksa
menunjuk kerana fikir " APA ORANG KATA'. Hantaran tak penting tapi
bagaimana suami melayan anak perempuan kita lepas berumah tangga. Cuba lihat
semua majlis perkahwinan. Merasa kasihan apabila berbelanja besar dan hiasan
mewah tetapi isteri atau suami yang di pilih tidak mengikut hukum Allah. JIka
tidak di jaga ugama bayangkan rumah tangga itu selepas perkahwinan, JIka di
lihat pada soalan rumah tangga yang bermasaalah semua berpunca kurang ugama.
Jom para isteri dan suami renungi hidup ini.
Dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi. Jangan kahwin kerana cinta
manusia tapi kahwin kerana cinta Allah. Lihat semua program dan majalah
perkahwinan dengan mata hati. Alangkah sia sia nya hidup mencari penghargaan
dan pujian manusia sedangkan Allah murka. KAum bapa wajib memilih ibu anak anak
mereka. Jika kecanyikan jadi pilihan tetapi akhlak buruk kecantikan itu hilang
nikmatnya selepas kahwin. Budi pekerti menjadi penambat hati suami bukan hanya
rupa paras yang mungkin menjadi fitnah. Semoga mereka denagn masaalah keluarga
mengambil iktibar dan lihat diri dan cari ilmu dan jangan mengharap mendapat
jawapan dari manusia lain tapi dari Allah dgn ilham Allah turunkan bila
bermunajat pada Allah. JIka tidak mencari ilmu jangan hairan jika sentiasa
bermasaaalah dalam keluarga
-Prof Dr Muhaya-
No comments:
Post a Comment