Monday, 1 April 2013

1st time blogging




Me as a blogger?


Assalamualaikum  wbt

Tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi seorang blogger. Apa itu blogger dan apa pula functionnya juga saya tak pernah tahu. Jika dahulu saya pernah mereka satu personal blog, tapi hanya menjadi ‘impian’ akibat kekangan masa yg tak mengizinkan. Mungkin masih mencari ilham untuk menulis mahupun berkarya sementelah hanya pengalaman yg sedetik cuma untuk dikongsikan. Tapi lama kelamaan, timbul pula satu minat dalam diri ini untuk creat satu blog yang menarik dan padat dgn pelbagai informasi terkini.heuheu..Hmm.. mcmne blh jd mcm tu? Ok, let me show u.
Firstly, saya suka membaca blog orang lain apabila saya berada di tahap kebosanan yang melampau. Terutama ketika mencari bahan untuk buat assignment. Pada mulanya, semangat saja nak cari bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh para pensyarah saya satu ketika dahulu di mana saya masih didalam tahun pengajian. Puas cari, puas gali dan selidik pelbagai-bagai sumber dan rujukan di internet tentang kajian laporan namun masih tidak juga kutemui. Akhirnya saya memilih untuk membuka blog-blog yang sgt cantik dan menarik pada pandangan mata. Sehingga merasa seronok dan begitu asyik menatap tanpa sedar saya dah tersimpang jauh dari dunia ‘persiapan assgment’. Hehe..seronok jugak rupanye baca blog orang ni. Macam-macam pengalaman dan kisah menarik yang diorang publish dlm blog tu. (Tak sedar yg aku ni dah manjadi pembazir waktu dlm masa yg sama)…Heuheu.
Kejadian seumpama itu selalu terjadi dlm area pukul 11:00pm – 1:00am bahkan sehingga dinihari. Pelik je, macammana  boleh layan blog org smpai tak tidur. Ini bukan bermakna saya suka stalk kisah kehidupan orang atau bersikap perihatin tentang peribadi seseorang..OH NO!..tidak sama sekali..Sebabnya, blogger itu atau si pemilik blog tersebut langsung saya tak kenali. Ini kerana,bukan calang-calang blog yg saya bukak. Lazimnya saya akan baca blog yang ada pengisian ilmu mahupun pengisian jiwa seperti travelling, info kesihatan , fashion terkini, bahkan blog resepi membuat kek atau pelbagai aneka masakan (sbb suka masak) juga akan menjadi tatapan. Bukan itu sahaja, blog yang berkonsepkan ilmiah yg mana ia penuh dengan pengisian rohani, bersifat ketuhanan dan bermotivasi adalah menjadi pilihan hati daripada membaca blog yg rata-rata hanya memaparkan kisah peribadi. Dan secara tidak langsung, ia membuat diriku ingin menjadi ‘one of the creators blog’
Makanya, taadaaa!!!…
inilah hasilnya..saya sudah memiliki blog sendiri


Hope all of you will happy and join me with another entry

No comments:

Post a Comment