Monday, 8 April 2013

Jagalah Lisan - GHIBAH ATAU MENGUMPAT

 
Hazrat Muhammad (S.A.W.A.W) said:

Anyone who degrades others on a place, where he has some respect, Almighty ALLAH degrades him on the Place where he needs ALLAH the most..








Sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari membuat kesilapan. Adakalanya kita lebih suka menuding jari kepada orang lain dari membetulkan kesalahan diri sendiri. Kita susah nak mengakui kesilapan sendiri. Kadangkalanya pula, kita lebih suka mencari kesalahan orang lain demi kepentingan peribadi. Sehinggakan kita tak sedar yang kita telah membuat satu kesalahan besar yang mana ia juga boleh diumpamakan sebagai dosa-dosa besar. 'GHIBAH!'. Tidakkah Ghibah itu membawa kepada kemungkaran Allah swt. 

Seperti kata pepatah melayu "gajah di hadapan tak nampak, tapi kuman di seberang jelas terlihat". Atau "kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih". Peribahasa-peribahasa seperti ini jelas memberitahu bahawa manusia memang suka mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tanpa menyedari bahawa mereka juga manusia biasa yang membuat kesalahan dan kesilapan yang sama. Ini juga boleh dikatakan sebagai barah hati dalam kehidupan seharian. Kewujudan sifat iri hati, bongkak, sombong, takbur, riak mahupun ujub yang boleh menyebabkan kepada penyakit hati.

Tidakkah kita sedar bahawa manusia dijadikan dari tanah. Tanah yang bersifat kotor. Dipijak, dimamah, dihentam, dilatam dan ia juga mudah reput. Jadi, itulah juga sifat kita yang sememangnya mempunyai persamaan dengan asal kejadian. Sedarlah, kita semua sama 'level' pada pandangan yang Maha Besar. Tidak ada seorang pun yang sempurna. Hanya Allah yang berhak menghukum kesalahan dan kesilapan hamba-hambaNya. 

Oleh itu, tak perlulah kita berlagak sombong atau membangga diri untuk memberitahu pada semua jika kita adalah yang terbaik dan paling sempurna. Usahlah mengharapkan pujian semata-mata dari manusia sehingga ia akan menimbulkan sifat riak, malahan lebih teruk sehingga menjadi ujub. Ujub pada diri sendiri, bangga dengan kebolehan serta kelebihan yang Allah kurniakan. Tidakkan kita terfikir itu semua hanya sifat sementara. Jika nikmat itu ditarik, apa lagi yang boleh dibanggakan. Pandangan yang cantik pada mata manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah swt. Alangkah indahnya jika kita mendapat kemuliaan di sisi Allah azzawajalla. .



Sekadar memperingati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dengan hasutan nafsu & syaitan. Fenomena ini sentiasa ada di sekeliling kita di mana jua kita berada. Memang sudah menjadi lumrah, di kalangan masyarakat kita yang masing- masing mempunyai (P.h.D) PERASAAN HASAD DENGKI, pantang melihat kelebihan mahu pun kejayaan orang lain, maka wujudlah konspirasi untuk menjatuhkan orang. Pelbagai agenda disusun rapi, salah satu ‘peluru’ yang paling popular digunakan ialah melalui hasutan. Tidak kurang juga bagi yang terlalu banyak masa terluang akan memenuhinya dengan aktiviti jaringan kemasyarakatan iaitu 'bergossip' sambil bercicah mangga bersama kicap belacan di hadapan halaman rumah. Tetapi tahukah kita???


Ghibah (Mengumpat)

Apakah itu ghibah atau dalam erti kata lain, mengumpat? Iaitu mengucapkan perkataan atau dengan gerak badan, mata, tulisan dan sebagainya sesuatu yang tidak disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.

Menurut Imam al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma’kan oleh kaum muslimin (tiada seorang pun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukan orang lain di belakangnya.

Saudaraku sekalian, ghibah atau menggunjing adalah perbuatan yang pada asalnya dilarang oleh Islam. Ghibah adalah perbuatan dosa besar, sehingga Allah menyamakan orang yang melakukan ghibah dengan orang yang memakan bangkai saudaranya.


 Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah sebagian kalian menggunjingkan (ghibah) sebagian yang lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujuuraat: 12)


Oleh yang demikian, jelaslah sudah hadis di atas memperingatkan kita bahawa Ghibah atau mengumpat adalah satu perbuatan dosa besar dan jika dilakukan akan menjadi haram. Semoga kita dijauhkan dari perbuatan Ghibah yang mana akan merosakkan akhlak dan memakan amal pahala yang telah kita kerjakan. Agar Allah selalu mempelihara kita dan kita sentiasa cantik pada pandanganNya. Insya Allah..



 P/S: Be caring to others and don’t degrade or discourage anyone in your life 

No comments:

Post a Comment