Assalamualaikum..Assalamualaikum..Assalamualaikum..!
Yusof memberi salam tengah hari itu selepas dia baru sahaja pulang dari
sekolahnya. Kelihatan raut wajahnya sangat kepenatan dan agak sugul mungkin
penat berjalan kaki sejauh 10 kilometer pulang dari sekolah. Memandangkan lagi
cuaca tengah hari itu yang sangat terik menambahkan lagi kepenatan tubuhnya
untuk melangkah laju.
Yusof
memberi salam kepada tuan rumah sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan garaj
rumah yang agak besar saiznya itu yang boleh juga memuatkan hampir 50 orang.
Hampir tiga kali dia memberi salam dan salam yang terakhir itu dikuatkan
suaranya agar ia dapat didengari oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam
rumah. Yusof hampir berputus asa kerana salam yang diberikan tidak langsung
disaut oleh orang-orang yang berada didalam rumah agam dan mempunyai ciri-ciri
seni reka rumah terdahulu ketika zaman 50-an itu. Yang mana ketika rumah agam
berdinding batu dan berukiran bunga pudak itu dibina ketika usianya menjangkau
1 tahun. Ketika itu juga Yusof masih tercari-cari bayangan dalam kehidupannya.
“Aduhai, mungkin ibu sedang memasak di dapur
sekarang, sebab itulah dia tidak dengar laungan salam yang aku bagi ni”. Bisik
hati kecil Yusof untuk melembutkan hati kecilnya yang sedikit gusar apabila
salamnya tidak langsung disahut.Teringat pula Yusof tentang saudara-saudara
tirinya yang mungkin juga baru pulang dari sekolah sama waktu dengan Yusof
ketika itu. Tetapi mereka mungkin sampai ke rumah lebih awal darinya kerana
mereka mempunyai sebuah basikal seorang satu yang tidak sama dengan dirinya
yang hanya pergi dan pulang dengan berjalan kaki. Namun itu bukanlah tembok
yang memisahkan perasaan Yusof untuk menimba ilmu jika dia hanya berjalan kaki
untuk ke sekolah yang jaraknya hampir 10 kilometer dari rumahnya. Dan bukan
penyebab utama dia perlu merasa iri hati dengan saudara-saudara tirinya; Amran,
Azmi, Rasyid mahupun Husin yang hampir sebaya dengannya hanya kerana dia tidak
dapat memiliki sebuah basikal sepertimana yang dimiliki oleh saudara-saudara
tirinya itu.
Malahan Yusof berasa bersyukur kerana dia
masih mempunyai ibu kandung yang dia sayangi dan tinggal bersama bapa tiri yang
telah dianggap seperti bapa kandungnya sendiri sementelah ibu dan bapa
kandungnya itu bercerai ketika dia masih dalam kandungan. Walaupun dia tidak
pernah mendapat layanan istimewa dari lelaki itu tetapi Yusof tetap
menyanjunginya kerana dapat memberinya tempat tingal yang selesa untuk dia dan
ibunya berteduh dari hujan dan panas. Cuma harapannya, dia tidak mahu
saudara-saudara tiri dan bapa tirinya itu mempunyai perasaan negatif atau ingin
menyisihkan dirinya hanya kerana dia berbinkan orang lain dan tidak sedarah
sedaging dan berasal dari ibu kandung yang sama. Jauh di sudut hati, Yusof
berbisik di dalam hati kecilnya agar dia
akan mendapat juga kebahagiaan yang dicari-carinya selama ini.
“Ibu masak apa tu?.” Yusof bertanyakan kepada
ibunya sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.
“Ibu sedang siapkan hidangan tengah hari.
Hari ini ibu masak gulai ikan tenggiri yang Amran suka, dengan pucuk paku masak
lemak yang ayah kamu pesan tadi”. Mak Yam menjawab perlahan.
“Oh, ibu masak makanan kegemaran mereka
sahaja? Untuk Yusof, ibu tak buat apa-apa?”. Yusof bertanya dengan nadanya yang
agak sedikit kecewa. Mungkin perasaan sedikit cemburu berada di dalam benak
hatinya ketika itu.
“Eh, mestilah ibu masakkan juga makanan
kegemaran anak ibu yang seorang ini,tengok di bawah tudung saji itu, kan ada
ayam masak merah yang Yusof suka”. Mak yam sedikit ketawa apabila melihat anak
kandungnya itu sedikit merajuk.
“Ha’a lah ibu..sedapnya ayam masak merah ini,
tidak sabar rasanya Yusof hendak makan”. Hmm..ibu, Amran, Azmi, Husin dan
Rasyid ke mana? Dari tadi tak nampak pun.”
“Oh, mereka ada dekat atas kot. Cubalah Yusof
tengok.”
Yusof lantas berlari menaiki tangga menuju ke
atas untuk melihat kelibat saudara-saudara tirinya itu. Mana tahu, mereka sudah
berada di dalam bilik sejak sekian lama pulang dari sekolah tadi.
Yusof tidak melihat sesiapa di dalam bilik
yang agak besar itu yang turut dikongsinya bersama Amran yang juga dianggap
seperti kembarnya itu kerana usia mereka juga sebaya, 15 tahun.
“Agaknya mereka belum pulang lagi atau
mungkin juga mereka menunggu Rasyid yang didenda oleh guru kelasnya lantaran
tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi seperti tempoh hari sehingga
menyebabkan mereka pulang hampir senja ketika itu”.
Yusof sangat mengenali kenakalan Rasyid yang
sedia maklum agak degil dan pemalas berbanding abang-abangnya yang lain. Hal
itulah menyebabkan bapa tirinya, Pak Ismail selalu sahaja dipanggil oleh Guru
Besar akibat perbuatan anaknya itu.
bersambung.......
bersambung.......
No comments:
Post a Comment