Wednesday, 17 April 2013

When you were young enough





" Playing should be fun! In our great eagerness to teach our children we studiously look for ‘educational’ toys, games with built-in lessons, books with a ‘message.’ Often these ‘tools’ are less interesting and stimulating than the child’s natural curiosity and playfulness. Play is by its very nature educational. And it should be pleasurable. When the fun goes out of play, most often so does the learning" ~ Joanne








When I was in school, I remember when we played together…

Saya masih ingat waktu tu saya masih di bangku sekolah rendah. Ye la, waktu kanak-kanak riang bergumbira. Zaman budak yang hanya tahu bermain dan tak pernah kenal erti kehidupan sebenar. Kikiki.. Masih jelas di ingatan, masa tu saya dalam darjah dua dan bersekolah di sesi petang. Bila time rehat saja, saya dan kawan-kawan akan duduk kat tepi longkang sambil sembang sama-sama. Ada masanya kami akan main cop-cop tiang kat tepi kelas. Waktu kelas pendidikan jasmani terutamanya. Itulah saat-saat yang kami tunggu. Sebab masa tu time sebelum balik, kami akan pakai baju sukan and bermain dekat padang. Ada main dalam gelung, main lompat-lompat, berlari dalam guni, baling bola kat setiap seorang sambil cikgu bagi arahan setiap step ketika meregangkan otot before tu.. Dalam erti kata lain warm up lah kan. Besides, kami selalu main kejar-kejar, main sorok-sorok…Bermain sampai puas. Sambil gelak. Hahahaa…

Really enjoyed it! Laughing together without ever feeling to be fight on each other pun. Itu adalah prinsip kami. They were friends that I really love, that I will never forget them for. Mereka selalu ada dalam hati saya!.  Oh percayalah.. Miss that moment. Ala-ala moment to remember gitu….heu3… But, as we grow older more and now, all of us carry out our bows. Hal ini mungkin terjadi sebab dah masing-masing ade kehidupan sendiri, maybe jgk sebab ramai yang dah balik kampung since ayah diorang dah pencen coz we all adalah anak-anak NAVY. Dah tentu-tentu bila ayah kami dah pencen akan balik ke kampung halaman masing-masing. Kadang-kadang saya fikir sebab kekangan masa jugak yang tak mengizinkan kami untuk jumpa dan bermain macam zaman sekolah dulu. Masing-masing sibuk buat kerja dan menguruskan kehidupan sendiri.

But till now, we all still keep in touch on us and still have long distance relationship even ada yg masih study, sudah bekerja, dah jadi tunang orang, or ada yang dah pun bergelar mak orang.. ye mereka sudah berkahwin. Hmm.. BTW, I am still feeling they are very beautiful friends that I have, those who are still cute from the past I saw.

And still remember when you grow up... what kind of person that you ill be?? Selalu menjadi tanda tanya diri kita sewaktu di bangku sekolah. Dah besar nanti nak jadi apa? Cikgu, Doktor, Jurutera, Akauntant, Peguam or bla bla bla... Apa-apa pun yang kamu jadi, you all tetap di ingatan saya. Thanks for being my best friends forever..

So, I would like to dedicate this song to my friends that I miss them damn much . Ntah kenapa kalau dengar lagu ni, mesti teringat nak tuju kat kawan-kawan yang pernah menjadi teman sepermainan saya satu ketika dulu and now we all jadi sahabat jarak jauh pulak.




Lets, enjoy this video..






Tuesday, 16 April 2013

Kisah Budak Penjual Kuih




Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " Ar-Rahman

Sunday, 14 April 2013

I Love My Parents






“We are so busy growing up, we often forget they are also growing old”









My parents

You are both special in every way,
Encourage me more & more each passing day.

You both are the reason why I'm so strong,
With you two the helm not a thing could go wrong.

You've both helped me through many trials & tribulations,
You’ve made things better in every situation.

Thank you both for always being there,
And show me that you are truly caring.

Words could never explain how I feel about you,
But I hope you know that I truly love you two





Monday, 8 April 2013

Jagalah Lisan - GHIBAH ATAU MENGUMPAT

 
Hazrat Muhammad (S.A.W.A.W) said:

Anyone who degrades others on a place, where he has some respect, Almighty ALLAH degrades him on the Place where he needs ALLAH the most..








Sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari membuat kesilapan. Adakalanya kita lebih suka menuding jari kepada orang lain dari membetulkan kesalahan diri sendiri. Kita susah nak mengakui kesilapan sendiri. Kadangkalanya pula, kita lebih suka mencari kesalahan orang lain demi kepentingan peribadi. Sehinggakan kita tak sedar yang kita telah membuat satu kesalahan besar yang mana ia juga boleh diumpamakan sebagai dosa-dosa besar. 'GHIBAH!'. Tidakkah Ghibah itu membawa kepada kemungkaran Allah swt. 

Seperti kata pepatah melayu "gajah di hadapan tak nampak, tapi kuman di seberang jelas terlihat". Atau "kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih". Peribahasa-peribahasa seperti ini jelas memberitahu bahawa manusia memang suka mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tanpa menyedari bahawa mereka juga manusia biasa yang membuat kesalahan dan kesilapan yang sama. Ini juga boleh dikatakan sebagai barah hati dalam kehidupan seharian. Kewujudan sifat iri hati, bongkak, sombong, takbur, riak mahupun ujub yang boleh menyebabkan kepada penyakit hati.

Tidakkah kita sedar bahawa manusia dijadikan dari tanah. Tanah yang bersifat kotor. Dipijak, dimamah, dihentam, dilatam dan ia juga mudah reput. Jadi, itulah juga sifat kita yang sememangnya mempunyai persamaan dengan asal kejadian. Sedarlah, kita semua sama 'level' pada pandangan yang Maha Besar. Tidak ada seorang pun yang sempurna. Hanya Allah yang berhak menghukum kesalahan dan kesilapan hamba-hambaNya. 

Oleh itu, tak perlulah kita berlagak sombong atau membangga diri untuk memberitahu pada semua jika kita adalah yang terbaik dan paling sempurna. Usahlah mengharapkan pujian semata-mata dari manusia sehingga ia akan menimbulkan sifat riak, malahan lebih teruk sehingga menjadi ujub. Ujub pada diri sendiri, bangga dengan kebolehan serta kelebihan yang Allah kurniakan. Tidakkan kita terfikir itu semua hanya sifat sementara. Jika nikmat itu ditarik, apa lagi yang boleh dibanggakan. Pandangan yang cantik pada mata manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah swt. Alangkah indahnya jika kita mendapat kemuliaan di sisi Allah azzawajalla. .



Sekadar memperingati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dengan hasutan nafsu & syaitan. Fenomena ini sentiasa ada di sekeliling kita di mana jua kita berada. Memang sudah menjadi lumrah, di kalangan masyarakat kita yang masing- masing mempunyai (P.h.D) PERASAAN HASAD DENGKI, pantang melihat kelebihan mahu pun kejayaan orang lain, maka wujudlah konspirasi untuk menjatuhkan orang. Pelbagai agenda disusun rapi, salah satu ‘peluru’ yang paling popular digunakan ialah melalui hasutan. Tidak kurang juga bagi yang terlalu banyak masa terluang akan memenuhinya dengan aktiviti jaringan kemasyarakatan iaitu 'bergossip' sambil bercicah mangga bersama kicap belacan di hadapan halaman rumah. Tetapi tahukah kita???


Ghibah (Mengumpat)

Apakah itu ghibah atau dalam erti kata lain, mengumpat? Iaitu mengucapkan perkataan atau dengan gerak badan, mata, tulisan dan sebagainya sesuatu yang tidak disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.

Menurut Imam al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma’kan oleh kaum muslimin (tiada seorang pun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukan orang lain di belakangnya.

Saudaraku sekalian, ghibah atau menggunjing adalah perbuatan yang pada asalnya dilarang oleh Islam. Ghibah adalah perbuatan dosa besar, sehingga Allah menyamakan orang yang melakukan ghibah dengan orang yang memakan bangkai saudaranya.


 Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah sebagian kalian menggunjingkan (ghibah) sebagian yang lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujuuraat: 12)


Oleh yang demikian, jelaslah sudah hadis di atas memperingatkan kita bahawa Ghibah atau mengumpat adalah satu perbuatan dosa besar dan jika dilakukan akan menjadi haram. Semoga kita dijauhkan dari perbuatan Ghibah yang mana akan merosakkan akhlak dan memakan amal pahala yang telah kita kerjakan. Agar Allah selalu mempelihara kita dan kita sentiasa cantik pada pandanganNya. Insya Allah..



 P/S: Be caring to others and don’t degrade or discourage anyone in your life