Friday, 30 August 2013


Jodoh Itu Rahsia Allah


Seperti pernah mendengar ungkapan ini setiap kali berbual bicara mengenai pasangan hidup atau dalam erti kata lain calon pasangan hidup setia hingga hujung nyawa..haaa gitu..heheh.

Benar kita telah pun dijodohkan oleh yg maha pencipta sejak kita belum dilahirkan. Ketika di luh mahfuz, Allah sudah menjodohkan kita dengan pasangan yg telah diciptakaNya sebagaimana hawa diciptakan dr tulang rusuk nabi adam. Begitu juga Allah swt telah menjanjikan setiap makhluk2nya itu semua berpasangan. Kerana di syurga kelak, tidak ada seorang pun yang hidup berbujang. Jadi, usah khuatir mengenai siapa jodoh kita, bukankah Allah lebih mengetahui dr kita yg tidak tahu tentangnya. Tak perlulah menonjolkan diri dengan siapa kita berkasih dan sayang, berjanji akan sehidup semati umpama kisah cinta romeo & juliet itu. Itu hanya sebagai simbolik kisah percintaan yang boleh merosakkan akhlak diri kita sekaligus menjerumus ke kancah penzinaan. Astagfirullahhal'azim..

Yakinlah pada janji Allah swt,
kerana jodoh ajal dan maut semua atas ketentuanNya. Tiba paad saat, tanpa satu detik pun yg terlambat sesuatu itu pasti terjadi atak kehendaknya drNya. Ku fayakun..


Berdoalah,
agar kita selalu dalam rahmat serta keampunannya serta berjodoh dengan kalangan orang2 yg beriman..

InsyaALLAH..










No comments:

Post a Comment