Nadya & Blogging
"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile"
Friday, 30 August 2013
Jodoh Itu Rahsia Allah
Seperti pernah mendengar ungkapan ini setiap kali berbual bicara mengenai pasangan hidup atau dalam erti kata lain calon pasangan hidup setia hingga hujung nyawa..haaa gitu..heheh.
Benar kita telah pun dijodohkan oleh yg maha pencipta sejak kita belum dilahirkan. Ketika di luh mahfuz, Allah sudah menjodohkan kita dengan pasangan yg telah diciptakaNya sebagaimana hawa diciptakan dr tulang rusuk nabi adam. Begitu juga Allah swt telah menjanjikan setiap makhluk2nya itu semua berpasangan. Kerana di syurga kelak, tidak ada seorang pun yang hidup berbujang. Jadi, usah khuatir mengenai siapa jodoh kita, bukankah Allah lebih mengetahui dr kita yg tidak tahu tentangnya. Tak perlulah menonjolkan diri dengan siapa kita berkasih dan sayang, berjanji akan sehidup semati umpama kisah cinta romeo & juliet itu. Itu hanya sebagai simbolik kisah percintaan yang boleh merosakkan akhlak diri kita sekaligus menjerumus ke kancah penzinaan. Astagfirullahhal'azim..
Yakinlah pada janji Allah swt,
kerana jodoh ajal dan maut semua atas ketentuanNya. Tiba paad saat, tanpa satu detik pun yg terlambat sesuatu itu pasti terjadi atak kehendaknya drNya. Ku fayakun..
Berdoalah,
agar kita selalu dalam rahmat serta keampunannya serta berjodoh dengan kalangan orang2 yg beriman..
InsyaALLAH..
DOA YG TERMAKBUL
Kisah Pengajaran: Kenapa Tempe Mak Cik Ini Tidak Terjual? | Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini dan semoga kisah ini dapat memupuk perasaan sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah dan tentukan untuk kita.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya” Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah s.w.t sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah s.w.t akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Wednesday, 29 May 2013
Ujian sakit dan Pertemuan Itu
Malam yang dingin menghembus susuk tubuh. Aku masih tak tidur walaupun malam sudah menjangkau lewat dalam kesepian. Menunggu mata agar dia pejam untuk seketika. Bagai memikirkan sesuatu yang dari tadi tak dapat aku pasti apa sebenarnya yang sedang bermain dalam benak fikiran. Hati bagaikan resah sedang mengharapkan agar ia tenang walau seminit cuma. Puas sudah mengiring badan ke kiri dan ke kanan. Sambil diiringi bunyi cengkerik yang tak henti-henti memecah suasana hening nan sepi malam itu. Sama bertindak dengan kelajuan hati yang resah. Masih terfikir. Satu ujian dr Allah yang paling besar yang pernah aku ketemui dan tentang pertemuan itu. Kenalan yang hanya sementara. Kedua-duanya berlaku hampir pada waktu yang sama.
Masih teringat.
Dua minggu sebelum itu, aku demam teruk.
Walhal ada exam yang perlu aku hadiri. Exam yang akan masuk dalam result
transkrip aku bagi semester 5. Demam yang sangat kuat, diiringi dengan batuk
yang berpanjangan, selesema, sakit tekak serta mengeluarkan suara yang garau
dan sakit kepala yang teramat sangat. Tak pernah begini sepanjang waktu
pengajian ketika saat-saat menghadapi peperiksaan akhir Sungguh berat ujian itu.
Subhanallah.. Sakit. derita dan sengsara. Manakan hilang tenaga sementelah makan
pun langsung tak ada selera. Hilang rasa, deria bau mahupun seri pada wajah
juga turut diambil malaikat untuk hanya seketika. Sakit yang menghapus doa-dosa
kecil. Alhamdulillah.. Namun, aku masih bersyukur kerana masih diberi
kesempatan untuk bernafas. Sakit yang ku rasa inilah saat kesakitanku untuk
kali terakhir. Sungguh luar biasa.
Tiba-tiba teringat akan diriku yang hanya
mampu baring sambil menelaah buku. Kepala yang berat akibat selesema yang
berpanjangan tambahan demam yang kuat tak mampu aku hadapi di saat membuat
revision untuk final exam ketika itu. Hanya linangan air mata yang mengiringi bertemankan
batuk yang tak henti-henti. Puas aku merintih pada yang Esa agar Dia mengampunkan
dosa-dosaku. Dosa pada orang tua, pada saudara-mara hatta pada sekalian
makhlukNya. Doa juga semoga aku boleh menjawab exam dengan tenang dan damai
setelah segala usaha yang aku berikan. Harapanku cuma ingin cepat pulang ke
rumah dan berehat dengan bahagianya.
Derita khifarah dosa itu terus menemani aku sepanjang berada di dalam dewan exam. Puas jugak aku bernafas dengan sebaik mungkin bergantung pada oksigen di segenap ruang dewan exam. Puas jugak aku menekup mulut agar tidak batuk terlalu kuat sehingga menganggu konsentrasi pelajar lain yang turut sama menjawab soalan ketika itu. Tapi apakan daya. Hanya Allah yang tahu rasa itu. Tak terdaya. Tubuhku menggigil menahan sejuk aircond yang menyelubungi segenap ruang dimensi dewan.
Derita khifarah dosa itu terus menemani aku sepanjang berada di dalam dewan exam. Puas jugak aku bernafas dengan sebaik mungkin bergantung pada oksigen di segenap ruang dewan exam. Puas jugak aku menekup mulut agar tidak batuk terlalu kuat sehingga menganggu konsentrasi pelajar lain yang turut sama menjawab soalan ketika itu. Tapi apakan daya. Hanya Allah yang tahu rasa itu. Tak terdaya. Tubuhku menggigil menahan sejuk aircond yang menyelubungi segenap ruang dimensi dewan.
Usai menjawab paper terakhir iaitu bahasa mandarin pada malam tersebut, aku bergegas balik ke hostel. Terpa saja ke dalam bilik, terus aku mencari baju untuk dilipat dan terus saja packing ke dalam beg. Manakala baju busuk yang lain dan tak sempat nak basuh terus aku humban ke dalam beg plastik untuk basuh di rumah. Malam itu aku tidur agak nyenyak sebab dah tak perlu memikirkan lagi soal exam. Semuanya aku berserah pada Allah yang satu.
Esok harinya, bangun saja dari tidur, aku menelefon abah dan bertanya bila agaknya beliau nak sampai UUM. Hati ni dah tak sabar untuk pulang dan berehat sepuas-puasnya setelah melalui episod ‘derita’ itu. Kata ayah dia akan pergi selepas solat Jumaat memandangkan ketika itu hari Jumaat. Aku senyum gembira dan menanti kemunculan abah. Tak lama selepas itu abah tiba tepat jam 11:00 pagi. Setelah penat memandu dari ruamhku yang terletak di Sungai Petani ke UUM, Sintok yang hanya mengambil masa satu jam setengah.
Hatiku berbunga gembira untuk pulang ke rumah demi memanjakan diri setelah penat ia mengerah tenaga ketika menjawab final exam.
8:04 minit malam
Selepas dua hari berehat di rumah
Aku dikejutkan dengan berita kematian seorang
kenalan yang aku cukup kenalinya ketika sama-sama menuntut di university yang
sama. Aku cukup kenali dia yang bagiku dia adalah insan yang sangat baik dan
agak akrab denganku. Saudara itu adalah pelajar dari fakulti art & science.
Walaupun tak sama fakulti kerana aku adalah pelajar dari college of business tapi
kami agak rapat. Selalu saja kami bertegur sapa jikalau terserempak di dewan
kuliah. Malahan di FB, kami juga sempat berchatting. Terasa baru semalam aku
bertemu dia. Seingatnya, sebelum final exam juga kami pernah terserempak di
kompleks sukan ketika kami sedang berada di depan kaunter pendaftaran kad
matrik.
“Dia sudah tiada lagi. Eksiden motor”. Itulah sms yang aku terima dari seorang kawan.
Sungguh tergamam. Tiada kata-kata untuk meneruskan luahan rasa yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Dia pergi dari pandangan aku. Jika dulu kami bertemu ketika sama-sama menghadiri satu sesi temuduga untuk jurusan kaunseling di univerisiti yang sama. Ketika itu aku merasakan dia memang budak baik lantaran sifatnya yang happy go lucky. Tak pernah menyakiti mahupun menjengkelkan. Sikapnya sangat menyenangkan.
Tapi kini dia sudah tiada lagi di hadapanku. Di pandangan rakan-rakannya yang lain juga. Malahan gelak tawanya juga tak akan dapat dilihat oleh para pensyarah yang mengajarnya.
Lalu, aku yang terpana dengan berita itu,
terus bukak akaun fb dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Ramai
rakan-rakannya sedih atas kematian arwah. Dia cukup dikenali dengan sifat
pemurahnya dalam menghiburkan hati sesiapa. Asstagfirullahalazim..Pemergiannya
masih dirasai.
Hampir tiga hari aku berfikir tentang arwah. Memikirkan yang dia tidak sempat menghabiskan pengajiannya yang cuma berbaki setahun setengah. Aku terfikir begitu cepat dia pergi meningglkan kami sebagai rakan-rakan sepengajian. Begitu cepat dia meninggalkan alam fana ini tanpa mengirimkan sebarang pesanan yang terakhir.
Ya Allah, semoga kau rahmati ke atas rohnya. Hanya Al-fatihah yang boleh mengiringi pemergiannya itu. Dan setiap kali aku teringat arwah, Al-Fatihah pasti akan ku sedekahkan.
Kini genap setahun tiga bulan arwah pergi.
Namun sehingga ke hari ini pemerginnya masih dirasai. Mungkin dia yang baik dan
lebih disayangi Allah. Oleh kerana itu, Allah swt mengambil nyawanya dulu. Dan
acap kali itu juga, pertemuan itu mencoretkan satu kenangan abadi yang tak
mungkin akan pernah ku lupakan ketika mengenali arwah satu ketika dulu.
Al- Fatihah
Wednesday, 17 April 2013
When you were young enough
" Playing should be fun! In our great eagerness to teach our children we
studiously look for ‘educational’ toys, games with built-in lessons, books with
a ‘message.’ Often these ‘tools’ are less interesting and stimulating than the
child’s natural curiosity and playfulness. Play is by its very nature
educational. And it should be pleasurable. When the fun goes out of play, most
often so does the learning" ~ Joanne
When
I was in school, I remember when we played together…
Saya
masih ingat waktu tu saya masih di bangku sekolah rendah. Ye la, waktu
kanak-kanak riang bergumbira. Zaman budak yang hanya tahu bermain dan tak
pernah kenal erti kehidupan sebenar. Kikiki.. Masih jelas di ingatan, masa tu
saya dalam darjah dua dan bersekolah di sesi petang. Bila time rehat saja, saya
dan kawan-kawan akan duduk kat tepi longkang sambil sembang sama-sama. Ada
masanya kami akan main cop-cop tiang kat tepi kelas. Waktu kelas pendidikan
jasmani terutamanya. Itulah saat-saat yang kami tunggu. Sebab masa tu time
sebelum balik, kami akan pakai baju sukan and bermain dekat padang. Ada main
dalam gelung, main lompat-lompat, berlari dalam guni, baling bola kat setiap
seorang sambil cikgu bagi arahan setiap step ketika meregangkan otot before
tu.. Dalam erti kata lain warm up lah kan. Besides, kami selalu main
kejar-kejar, main sorok-sorok…Bermain sampai puas. Sambil gelak. Hahahaa…
Really
enjoyed it! Laughing together without ever feeling to be fight on each other
pun. Itu adalah prinsip kami. They were friends that I really love, that I will
never forget them for. Mereka selalu ada dalam hati saya!. Oh percayalah.. Miss that moment. Ala-ala
moment to remember gitu….heu3… But, as we grow older more and now, all of us
carry out our bows. Hal ini mungkin terjadi sebab dah masing-masing ade
kehidupan sendiri, maybe jgk sebab ramai yang dah balik kampung since ayah
diorang dah pencen coz we all adalah anak-anak NAVY. Dah tentu-tentu bila ayah
kami dah pencen akan balik ke kampung halaman masing-masing. Kadang-kadang saya
fikir sebab kekangan masa jugak yang tak mengizinkan kami untuk jumpa dan
bermain macam zaman sekolah dulu. Masing-masing sibuk buat kerja dan
menguruskan kehidupan sendiri.
But
till now, we all still keep in touch on us and still have long distance
relationship even ada yg masih study, sudah bekerja, dah jadi tunang orang, or
ada yang dah pun bergelar mak orang.. ye mereka sudah berkahwin. Hmm.. BTW, I
am still feeling they are very beautiful friends that I have, those who are
still cute from the past I saw.
And
still remember when you grow up... what kind of person that you ill be?? Selalu
menjadi tanda tanya diri kita sewaktu di bangku sekolah. Dah besar nanti nak
jadi apa? Cikgu, Doktor, Jurutera, Akauntant, Peguam or bla bla bla... Apa-apa
pun yang kamu jadi, you all tetap di ingatan saya. Thanks for being my best
friends forever..
So,
I would like to dedicate this song to my friends that I miss them damn much .
Ntah kenapa kalau dengar lagu ni, mesti teringat nak tuju kat kawan-kawan yang
pernah menjadi teman sepermainan saya satu ketika dulu and now we all jadi
sahabat jarak jauh pulak.
Lets,
enjoy this video..
Tuesday, 16 April 2013
Kisah Budak Penjual Kuih
Selepas
seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway
PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah
Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di
pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia
lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang
nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun
pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah
dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu.
Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian
saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri
agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang
dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri
meja saya.
"Abang
baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
menepuk-nepuk perut.
Dia beredar,
tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang
masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak
cik, kakak atau makcik?"
Molek budi
bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan
di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan
membeli kuihnya.
Selepas
membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak
itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu,
membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin,
kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang
dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu
atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia
mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung
wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya
buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil
ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas
kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang
tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima
deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya
hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya.
Saya
terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa
bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa
adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!"
Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang
saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.
Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat
kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan
jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak
berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak,
sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya
terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang
nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu
nak berkata.
"RM25
saja bang."
Selepas dia
memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan
dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru
saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati
mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi
atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat
menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya
saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita
sebenarnya!
"Maka
yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
" Ar-Rahman
Sunday, 14 April 2013
I Love My Parents
“We are
so busy growing up, we often forget they are also growing old”
My
parents
You are both special in every way,
Encourage me more & more each passing day.
You both are the reason why I'm so strong,
With you two the helm not a thing could go wrong.
You've both helped me through many trials &
tribulations,
You’ve made things better in every situation.
Thank you both for always being there,
And show me that you are truly caring.
Words could never explain how I feel about you,
But I hope you know that I truly love you two
Subscribe to:
Comments (Atom)


